Total Pageviews



PUSAT AKSES SEKOLAH (PuAS)


Pusat Akses

Pengenalan
Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep  ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi  membolehkan murid membuat pembelajaran  kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan  akses kendiri. Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuksokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah  khasnya murid mendapatkan maklumat dan  berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat. Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan  membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan  mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat. 
 
Matlamat 
Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
  • Membudayakan penggunaan ICT di sekolah 
  • Mengurangkan nisbah komputer dengan murid 
  • Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid 
Objektif
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
  • Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat. 
  • Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan. 
  • Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran
Pengurusan dan Pentadbiran
Pihak pentadbiran sekolah sebagai pelaksana hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Pusat  Akses Sekolah. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah:
Merancang, merangka dan melaksanakan dasar penubuhan Pusat Akses Seolah
Memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan Pusat Akses
Sekolah Memastikan semua aspek keselamatan Pusat Akses Sekolah diutamakan
Membuat perancangan kewangan berikut untuk dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi memasukkan dalam AnggaranBelanja Mengurus (ABM)
Memastikan setiap laporan yang berkaitan dengan pengurusan dan  pentadbiran Pusat Akses Sekolah  dikemukakan kepada pihak yang  berkenaan. 
  • ƒ Kos bahan habis guna 
  • ƒ Kos penyenggaraan peralatan 
  • ƒ Kos bekalan elektrik 
  • ƒ Kos penggantian alat 
Cadangan carta organisasi Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah
PENASIHAT : Pengetua / Guru Besar
PENGERUSI : Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1)
SETIAUSAHA : Guru Perpustakaan dan Media
AJK : Ketua-Ketua Bidang / Panitia /Pengawas Pusat Sumber/Pengawas Pusat Akses/Briged ICT (mengikut keperluan sekolah)
PENOLONG SETIAUSAHA :Guru Penyelaras ICT
 
Cadangan bidang tugas Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah: 
a) Penasihat
i) Menggubal dan melaksanakan dasar  penggunaan Pusat Akses Sekolah di  peringkat sekolah.
ii) Memastikan perancangan dan  pelaksanaan program/aktiviti  berjalan dengan lancar.
iii) Memantau pelaksanaan aktiviti  Pusat Akses Sekolah dari semasa  ke semasa.
 
b) Pengerusi
i) Merangka dan merancang  pelaksanaan aktiviti Pusat Akses  Sekolah sepanjang tahun.
ii) Memastikan dasar penggunaan  Pusat Akses Sekolah di peringkat  sekolah dipatuhi.
iii) Memastikan pelaksanaan aktiviti  Pusat Akses Sekolah berjalan  dengan lancar.
iv) Memantau penggunaan dan  keberkesanan Pusat Akses Sekolah.
v) Merancang atau mewujudkan  Jawatankuasa Kerja, jika perlu, bagi  tujuan melaksanakan program /aktiviti yang dirancangkan.
 
c) Setiausaha
Melaksanakan dasar penggunaan  Pusat Akses Sekolah di peringkat  sekolah.
Mengurus setiakan mesyuarat  Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah  secara berkala.
Menyediakan keperluan peruntukan  kewangan.
Menguruskan inventori dan pendaftaran harta modal Pusat  Akses Sekolah dan menyerahkan  kepada Unit ICT PPD/PPG (Pejabat Pelajaran Gabungan) dan sesalinan  kepada Unit Maklumat Jabatan  Pelajaran Negeri (JPN) untuk tujuan  penyenggaraan.
Merekod dan melaporkan sebarang  kerosakan peralatan dan rangkaian  kepada:
• Syarikat pembekal peralatan  (dalam tempoh jaminan)
• Jabatan Pelajaran Negeri  (selepas tempoh jaminan)
• Meja Bantuan GITN (1-300-88- 2888) bagi semua masalah  berkaitan talian SchoolNet
Menentukan waktu penggunaan  Pusat Akses Sekolah.
Memastikan Pusat Akses Sekolah  digunakan dengan berkesan. Mendapatkan khidmat bantu  penggunaan daripada Pusat Sumber  Pendidikan Negeri (PSPN) atau  Pusat Kegiatan Guru (PKG). Memastikan keselamatan fizikal,  sistem dan peralatan dan melatih Pengawas Pusat Sumber  Sekolah/Pengawas Pusat Akses/  Briged ICT, jika ada.
 
d) Penolong Setiausaha
i) Menyediakan jadual bertugas untuk  mengawasi penggunaan Pusat  Akses Sekolah.
ii) Menyediakan peraturan penggunaan  Pusat Akses Sekolah
iii) Memastikan penggunaan Pusat  Akses Sekolah direkodkan. Buku  log penggunaan dan pergerakan  kunci Pusat Akses Sekolah perlu  disediakan. Contoh maklumat bagi  buku log penggunaan adalah seperti  di Lampiran 2.
iv) Memastikan aktiviti Pusat Akses  Sekolah berjalan dengan lancar.
v) Memantau keberkesanan aktiviti  Pusat Akses Sekolah.
vi) Menyediakan laporan penggunaan  secara berkala.
vii) Melaporkan sebarang kerosakan  peralatan dan rangkaian kepada  Setiausaha untuk tindakan  selanjutnya.
 
e) Ahli Jawatankuasa
i) Melaksanakan program/aktiviti yang  telah dirancangkan.
ii) Memastikan semua peraturan  penggunaan dipatuhi.
iii) Memastikan peralatan dan rangkaian  sentiasa berada dalam keadaan  baik.
iv) Menyediakan maklumat laman web  atau portal pendidikan (URL) untuk  rujukan.
v) Kawal selia penggunaan dan  keceriaan Pusat Akses Sekolah.
vi) Membimbing dan melatih pengguna  Pusat Akses Sekolah.
 
f) Pengawas Pusat Sumber Sekolah/  Pengawas Pusat Akses/Briged ICT  
Memainkan peranan membantu  Jawatakuasa menguruskan Pusat Akses  Sekolah.
 
Susun Atur dan Peralatan
Ditempatkan di satu lokasi sahaja dan  bersesuaian dengan ruang yang terdapat di  sekolah. Keluasan minima bagi pusat akses  adalah 22.5 m2  (satu bay). Sila rujuk cadangan  susun atur seperti di Lampiran 1.
Sekolah akan menerima 10 buah komputer,  satu switch 24 port, satu pencetak, dan  perabot.
Peralatan tersebut dirangkaikan dengan  rangkaian setempat dan dihubungkan dengan  talian SchoolNet.
Perisian yang dibekalkan bersama dalam  setiap komputer ini termasuk Sistem  Pengoperasian Windows, Microsoft Office dan  anti-virus.
Switch hub dan router SchoolNet hendaklah  sentiada dalam keadaan baik bagi memastikan  capaian Internet tidak terganggu.
 
Waktu Operasi
Pusat Akses Sekolah beroperasi pada masa  seperti berikut:
• semasa waktu persekolahan
• selepas waktu persekolahan
Digalakkan beroperasi pada hujung minggu  dan cuti sekolah dengan syarat ada  pengawasan oleh Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah yang boleh menjamin keselamatan  peralatan dan boleh memantau penggunaan.
 
Pengguna
Keutamaan penggunaan diberikan kepada  murid.
Warga sekolah seperti pentadbir sekolah, guru,  dan staf sokongan juga boleh menggunakan  kemudahan Pusat Akses Sekolah.
 
Cadangan Aktiviti
Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
Mencari maklumat daripada Internet untuk  pembelajaran.
Mengakses sumber maklumat seperti  buku-buku, bahan bercetak atau bahan  digital yang berkaitan (e-Learning).
Menyediakan tugasan dan slaid  persembahan berkaitan dengan  pembelajaran.
Berkomunikasi dengan guru dan murid  lain melalui e-mel.
Berkolaborasi dengan murid lain.
 
Keselamatan
Pihak sekolah perlu mengambil berat aspekaspek keselamatan seperti kemudahan  infrastruktur, kemudahan fizikal, perkakasan, rangkaian, perisian dan aplikasi.
 
Keselamatan Bekalan Elektrik
Bekalan elektrik hendaklah 3 fasa dan  boleh menampung penggunaan  perkakasan.
Keupayaan minima bekalan elektrik dari  generator mestilah 30 kvA.
Kedudukan pendawaian dan punca kuasa  elektrik mesti memenuhi piawaian  Jabatan Kerja Raya (JKR).
 
Keselamatan Fizikal dan Perkakasan
Saiz ruang yang sesuai (22.5 m2) dan ke atas
Lokasi yang strategik dan selamat
Alat keselamatan yang perlu diberi perhatian:
a. Sistem penggera
b. Jeriji besi
c. Alat pemadam api
d. Sistem peredaran udara
e. Perangkap kilat
Peraturan dan garis panduan penggunaan mestilah disediakan dan dipaparkan di dalam Pusat Akses.
Pengawasan dan laporan keselamatan perlu dilakukan secara berkala.
Kawal selia kemudahan fizikal dan perkakasan secara berkala.
Buku log untuk merekod pergerakan kunci Pusat Akses Sekolah.
Buku log untuk penggunaan Pusat Akses Sekolah. Contoh maklumat adalah seperti di Lampiran 2.
Setiap kunci, peralatan, network point dan kabel mesti dilabelkan.
 
Keselamatan Sistem Rangkaian
Susun atur mengikut spesifikasi dan piawaian pengkabelan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Semua komputer mesti dirangkaikan dan  boleh mengakses Internet.
Aras kebenaran pengguna (Access Right)  mesti dihadkan untuk mengelakkan  daripada membuat pengubahsuaian  konfigurasi komputer.
 
Keselamatan Perisian dan Aplikasi
Patches untuk sistem pengoperasian yang terkini.
Perisian anti-virus yang terkini.
Menggunakan perisian yang berlesen.
Manual instalasi mudah diperolehi.
 
Keselamatan Mengakses Internet
Mesti mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun  2003 – UPTM 159/526/9 Jld.3 (9) – Garis  Panduan Mengenai Tatacara  Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik  Di Agensi-Agensi Kerajaan (boleh dimuat  turun daripada http://www.mampu.gov.my /mampu/bm/Circulars/BM/Main.htm)
 
Keselamatan Penyimpanan Bahan
Pengguna TIDAK DIBENARKAN  menyimpan bahan di cakera keras  komputer di Pusat Akses Sekolah.
Sentiasa menyelenggara ruang cakera  keras komputer (housekeeping) untuk  menjamin pengoperasian komputer  sentiasa ditahap optimum dan stabil.
 
Cadangan Peraturan
Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti  mematuhi peraturan bagi menjamin  keselamatan diri dan peralatan komputer.
Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah:
i) Dilarang membawa beg, makanan atau  minuman ke dalam Pusat Akses  Sekolah.
ii) Dilarang membawa masuk sebarang  cakera perisian milik persendirian  kecuali dengan kebenaran guru  bertugas.
iii) Dilarang membawa keluar sebarang  perkakasan atau perisian komputer  daripada Pusat Akses Sekolah.
iv) Dilarang sama sekali mengusik  sebarang pendawaian atau sambungan  kabel yang terdapat di belakang  komputer.
v) Dilarang memasukkan sebarang  perisian luar dan mengubah konfigurasi  komputer.
vi) Dilarang menyimpan semua hasil kerja  dalam cakera keras komputer.
vii) Pengguna hendaklah merekod  penggunaan komputer dalam buku log.

No comments :

Post a Comment